Aug 26, 2011

anyeong!





photoshoot with blazer
wordless! speechless! randomize!

until next post,
jya~neh

Jul 24, 2011

new adventure

salam, lama aku tak menaipkan. setelah 2 bulan lebih dekat Banting, Kolej Matrikulasi Selangor. setelah aku cuba menghidupkan diri dekat situ, aku berjaya hidup! *tepuk la sikit.

Astaka
skip terus yg semasa oke, pasal minggu pertama tak yah citer laahh.
aku berada dalam praktikum, SM1K2P2. memang terbaik la group nie. dgn member semua genius belaka. bole aku tumpang ilmu dgn derang. dan buat pertama kali, aku cintakan fizik lebih dari kimia. dulu, kat skola, fizik laa aku paling kureng sikit. tapi, sekarang cam tak sabar nak masuk kelas fizik. lagi2 time tutorial ngan praktical!!

lecturer ajar serius fun gila. selama 2 tahun belajar force waktu skola menengah, memang aku tak reti langsung lukis free body diagram. tapi, dia ajar kira2 15 min camtu aku faham gila2 dan praktikkan. aku admit yg aku dah faham konsep dan teknik blaja fizik dari dia. kalau dia ganti kelas kuliah aku, memang kureng la pengajaran dia. maybe sebab open sgt kot. tp, dekat tutorial memang faham gile2 la. siap die terbocorkan skem permarkahan watu UPS nanti. memang salute gile dekat SIR SHAIFUL nie.

then, subjek kimia pun best gila! bayangkan lecturer aku tuh, duduk sebelah bilik je ngan aku. sebab dia Felo blok aku. memang tak menahan la. dah la ajar serius baik gila, ajar perlahan-lahan plus kasi student faham betol2 baru dia pegi next topic. subjek math pun, memang dah tak macam addmath langsung. kuliah ngan tutor sama lecturer, memang faham gila-gila lah. then, bio memang best. bole kata semua subjek best.

tuh aku kata, matrik life tak susah mana pun. asal pandai bawak diri dan ingat tujuan kenapa masuk matrik. aku selalu ingatkan diri kenapa aku masuk matrik, apa alasannya, macam mana aku bole bawak diri, sume tu aku fikir sebelum tido. sebab, aku ingat lagi ada motivator penah cakap, sebelum tido better muhasabah diri dan maafkan org sekeliling. memang aku amalkan lah. tapi, bila dah letih gile2 memang tak buat lah. terus tido je. tp, memang matrik sgt seronok.

esok, aku nak balik sana dah. lagi 2 minggu baru balik rumah balik. aku takde laptop bawak kesana. kalau wujud pun, memang aku takkan belaja. better kalau takde depan mata. lagipun situ area baru, kawasan wifi sgt terhad. bilik belajar pun, matrik dah block banyak site dari luar negara kalau bukak guna komputer kat situ. yg anehnya, FB ngan blog dia bagi, tapi Mangafox, Youtube, Allkpop tuh semua takleh bukak. agak kureng la part tuh. kurengnya lagi bila matrik nie kedudukan terlalu pendalaman. sampai nak ke pekan pun kena kopak rm10 utk teksi. bas tak wujud tau. hiburan semua takde. kalau nak tengok wayang, makan makanan macam KL kena amek masa sejam baru sampai Bukit Tinggi. memang jauh bebenooorrr leeerrr. tp, aku memang tak pernah try outing lagi. tak perlu bg aku nak outing nie. bnde semua dah cukup, lengkap, sempurna gituww.

another part yg kureng, bila bilik aku dicemari lukisan hodoh, semut dan serangga jutaan menyerang bilik aku. kalau malam plus lepas hujan, kelekatu saiz lebah akan menyerang. aku tak tau apa tujuan dia datang. suka sangat dekat lampu. apa2 je bnde warna putih mesti derang lekat kat situ. kalau pegi tandas dah macam tompok2 hitam banyak je kat lantai, cermin, lampu, sinki. geli tuhh. bilik aku pulak bertambah malang bila semut jadikan bilik aku sebagai laluan rezeki mereka. kat luar bilik aku ada tong sampah, memang punca pendapatan mereka kat situ, derang nak amek shortcut memang guna bilik aku lah. bab lukisan hodoh tuh, aku tak faham dgn senior tahun lepas. dia lukiskan laluan utk semut, bunga2 yg serius tak lawa bg aku dekat almari, nama2 keluarga dia, and worse random drawing. dah macam tadika pulak bilik aku nie. tak faham weh.

overall, semua cantek laahh. have fun gila walaupun blaja rushing tapi aku bole sesuaikan diri. conclude, matrik life best.

until next post,
jya~neh

May 19, 2011

membuncitkan perut di KFC

entri sebelum nie aku bgtau pasal caer kan? yg nie entri sepatutnya awal dari entri caer tuh.

alyaa, pekerja ayamas yg akan berhenti akhir bulan mei ini. secara tiba-tiba, aku dapat mesej dari dia. dia kata nak ajak pi kfc. mula-mula, aku fikir tanak pergi sebab lately nie musim hujan petang dan aku pokai beb! tapi, bila dia kata dia belanja makan ape lagi terus kata "aku pergi!" rezeki jgn ditolak, maut jgn dicari.

dan, kitorg berjumpa di kfc nyom-nyom pkul 5 camtu. sebelum tuh tunggu kat luar, sebab nab,caer,eela dan mia lom sampai lagi. watu dah sampai depan kfc tuh, alyaa ngan tipa kata nampak nab dalam kereta kancil warna putih. drebar tuh tak nampak la pulak. tapi dia tak turun dpan kfc tuh, terus pi mana tah. itulah kereta caer. tuh yg dia pusing 2 kali bandar BBS nie.

bila semua dah sampai, aku, alyaa, dan tipa pi order makanan. yg lain naik atas amek port. alyaa order variety bucket. dulu aku beli bucket camtu harga 30+ je. skang jadi rm40. makin naik pulak harga kfc nie.

tujuan dia ajak pi kfc nie sebenarnya sebab dia nak jumpa kitorg sebelum semua pi blaja. wah, terharu gile. dia baik sangat nak belanja kitorg yg perut saiz tong nie. lagipun dia kata, nak sambut harijadi nab. 17 mei harijadi nab.

nyom2. spicy and ori
tart by eela
tukang belanja

selendang! auuww

eela suka candid


wishing video
eela terharu.
aku suka style pic nie. bukan kau tau mia. tapi gamba nie fokus kat kau blur yg dekat. lawa






pengalaman yg menyeronokkan. terima kasih alyaa. sayang kau banyak2. insyaallah, kau dapat politeknik nanti. tunggu je. selamat pergi ke utara buat mia,nab,eela dan tipa. caer pulak pegi Petaling Jaya nanti. muka dia tiap2 hari bole tengok. so, tak risau sangat dgn gelagat dia.


eela dah ready nak bawak cerek, kuali. caer pulak nak bawak pisau. aku tak faham niat nak bwk pisau pegi U. gunting kan ada.

until next post,
jya~neh

May 17, 2011

poor driving skills

errr, salam. hari ini alyaa comel belanja aku dan kwn2 makan kfc. dan nak balik rumah, caer tumpangkan dgn menaiki kereta kancil putih.

part lawak mengenai caer dan kereta kancil ini:
oke, caer salah tekan signal ke kanan sedangkan dia patut tekan wiper sebab hujan. kelam kabut ini orang
caer dgn bangga bgtau dia dapat pintas kereta dekat depan die dan hampir langgar kereta depan dia pulak.
caer bawak kereta dgn kelajuan 20km/s. nab bising sebab lambat.
caer pusing bandar BBS dua kali sebab tak tau nak park kereta dekat mana. padahal depan kfc ada je kosong. last2 depan ayamas yg jauh dari kfc die park kereta.
caer tekan butang unlock kereta dan tiba2 kereta siren berbunyi. dgn gelabahnya tekan2 butang kunci tuh.
caer reverse kereta macam drift, pressure tekan minyak cepat sangat.
caer belok ke simpang kanan secara drift lagi sekali dan kelapa parut yg dibelinya hampir tercampak ke luar tingkap.
caer risau bila nampak jalan mati dekat lorong jalan rumah aku dan tipa. sebab dia nervous nak reverse
caer buat 3-quater turn(nie mia cakap, aku tak faham) nyaris langgar tembok rumah tipa. =_=
caer brek keretanya secara mengejut!

ini semua yg aku alami secara lively dalam kereta kancilnya. lepas dia turunkan aku kat rumah aku, aku tak tahu apa kejadian seterusnya. semua nie happen dari aku mula nak masuk kereta dia sampai aku selamat tiba di rumah.

gambar bukti kejadian. waktu nak tangkap gambar nie, caer marah2 jgn snap gamba die tengah drive.


 nie fadhilah. comel!





geng menjerit!
hoyeah! kereta tuh happening gile! passengers jerit sebab caer driving skills. mia ngan nab assist kan caer drive. dekat belakang tuh, sempit sebab 4 orang duduk. bayangkan 4 wanita ayu dan gojess duduk dlm kereta kancil. mmg sempit giler. nasib baik selamat sampai.


caer nak start gear pon dah cuak lagikan aku yg tak pernah amek driving class.

until next post,
jya~neh

menghidupkan diri

salam. err, hari ini aku dgn kureng semangatnya, pegi mydin nak beli barang kelengkapan peribadi. kureng semangat tuh bukan sebab jenama mydin tapi sume tuh disebabkan hari utk tinggalkan rumah semakin hampir.

aku mengaku, aku tanak tinggalkan rumah tersayang nie. especially parents! aku tak tahu macam mana la aku hidup dekat SeMaC(Selangor Matriculation College betul ke tak ejaan nie?) nanti. aku akan mula belajar berdikari dekat sana. buat pertama kali hidup dgn sendiri. dan semestinya aku akan nervous!dan dan dan aku baru je usha page semac nie, nampaknya senior2 nak kenakan junior2 yg cute2 macam aku nie habes-habesan. OMG! err, aku tak pernah deal2 dgn senior2 nie. even kat skola dulu, aku tak pernah nak dekat2 dgn senior walaupun dalam kelab or blablabla. ye, memang betol. aku kureng nak rapat2 dgn senior. lelaki dan perempuan both. well, mungkin ada yg fikir aku macam sombong tapi tak! aku cuma tak berani nak rapat2 dgn org bergelar senior nie.

minggu pertama memang minggu orientasi. waktu2 orientasi ler aku lagi gugup. mana la tahu fasi suh aku introduce diri guna language korea. mampuih naaa! harap2 fasi2 nanti bersikap baik2 belaka.

lepas aku join group batch sama dgn aku, wah2 berlambak soalan. macam2 soalan timbul. ada yg tak penah dgar pon ada jugak.
cth; dekat KMS ada masalah air tak?
       bole pakai tudung selendang, sarung tak?
       pakai slipa waktu daftar nanti bole tak?

see? siap nak berkarok lagi.bukan niat nak burukkan gambar. tanak kene saman!

sesekali pun aku tak pernah post soalan dekat group tuh. bila dah join mula la chatting jadi sibuk. memandangkan komputer aku nie setakat window2003 i know its lame!, lebih baik aku elak dari join group tuh. komputer nie hampir nazak walaupun aku bukak blog maria elena. simpati-simpati.


hopefully, fasi tak buat bnde tak baik dekat kitorg yg junior nie. tolongla.*buat muka comel

until next post,
jya~neh

May 11, 2011

Hitler marah Gula-Gula. Lawak!



video nie aku dah tengok kira-kira seminggu lalu. tapi memandangkan aku tengah ketandusan idea nak update blog, ini pon dah bole lah.

aku tak tahu sapa yg genius edit video nie plus skrip yg lawak giler tapi video nie serius kelakar. buat yg tak kenal GULA-GULA, bukak la page nie.



yg nie pulak diorang seakan-akan ciplak lagu SNSD. hey, GULA2 nie memang cari penyakit kot! kene saman dek kompeni kang baru tahu.

until next post,
jya~neh

May 10, 2011

keputusan telah diputuskan

 sebagai seorang pelajar lepasan SPM, sudah semestinya bulan mei bulan melanjutkan pembelajaran! dan, aku dgn segala hormat tak sabar2 tunggu tawaran sambung blaja.

28 April, keputusan matrikulasi keluar. yg ini aku tak check sendiri. Kaled yg sebuk sgt nak tolong aku checkan. tengah2 malam pkul 12 camtu die tepon, sbb nak bgtau die dapat matrik dekat Penang. ceh, pastu baru nak tanya aku dapat mana. aku bg ic no aku kat Kaled dan tunggu talipon bunyi. last2, die tepon dan bgtau aku yg aku dapat Matrikulasi Selangor jurusan Sains. syukur kepada tuhan!


 Alhamdullilah

 lepas tuh, 6 Mei pulak result IPTA keluar. yg nie aku tunggu tengah malam pkul 12, tak keluar pon. last2 die bgtau result keluar pkul 12 tengahari daa. aisehmen, punya la gamak aku tunggu last2 pkul 12pm. aku bukak web pkul 12 dan dukacitanya aku tak dapat. sodih toh memanglo ado. tapi nak buek camno, takdo rozoki. tapi, aku dah isi borang rayuan. mana tahu kalau rayuan dia terima ke? who knows right?

agak terasa kesedihannya :'(

 dan tanpa pengetahuan aku, pada 2 Mei result Tingkatan 6 keluar. yg nie aku check dah lepas tarikh. sbb tak tahu bnde nie dah keluar. tapi, aku tak mengharap sgt nak masuk ke tingkatan 6. bg aku 5 tahun dalam sekolah dah cukup rasanya. ada kawan2 aku yg pergi tingkatan 6. diorang dah start daftar semalam. mesti diorang gembira masuk sekolah! wee


tak sangka aku gagal 2 kali





jadi sekarang, aku dah decide nak pergi ke mana. yeah, matrikulasi la. masih dalam Selangor dekat area Banting. wah, aku dah bole start new life as Jawa dah nie. mule berbahas Jawa. agak kekok. kebanyakkan kawan aku dapat semua area utara sana. wah2, dok loghat utara noh lepas nie.


Selamat Maju Jaya korang! hidup baru!

until next post,
jya~neh

membuncitkan perut di PIZZA HUT,MID

oh yeah. ini entri yg sepatutnya dah dipost sebulan lalu. eh tak, bulan-bulan lalu. aku pegi ni kira-kira bulan 2 camtu kot. dan aku ditemani oleh Syakirah petronas yg gala-ala gojes nie!

kitorg pegi tengok wayang Green Hornet nampak sgt lama kan?  oke, projek buncitkan perut bermula dgn pizza hut! kitorg berdua makan yg set punya. kitorg sebnarnya tengah buntu time tuh. berlari-lari dalam mid dah macam masuk marathon dah. mana tak nya kitorg sampai lambat! 

 sebagai tambahan, aku order le, lasagna. pergh! itu pon tak habis sebab creamy sgt. penoh sgt keju die bubuh dah naik muak dah!


 dekat selayang mall blom wujud lagi.

 lasagna! creamy giler

mushroom soup!

garlic bread! nyom2

wanita ayu sedang menyedut gas
gamba pizza tak berkesempatan nak tangkap. mood lapar memuncak sebab marathon ringan tadi sampai lupa snap2. then, lepas wayang shoppes2 kejap. wanita ayu nie nak beli baju dekat Romp. so, singgah menyinggah ler jawabnya. lepas tuh, sebagai barang2 souvenir bawak balek rumah, aku beli la Takoyaki buat parents ku tersayang. sedap wooo! dah la besar gedabak! ditambah sos istimewa atas bebola tuh. mmg mengancam!


 aint that delicious?

 waiting.

terserempak dgn manequien ada boobs

 kemain lagi

some snaps

totally having fun at that time! terima kasih buat wanita ayu sebab keluar dgn saya. 


tengok gambar nie balek, buat aku nak lagi pegi mid seblom aku pindah banting. jom wanita ayu? kita ronggeng lagi.


until next post,
jya~neh