Apr 30, 2011

recently,


hari nie aku dan adikku pegi ke book fair dekat PWTC tuh. mula2 rancang nak pegi awal la, ala-ala pkul 10 gitu. konon2 nak elakkan kesesakkan Kuala Lumpur la. last2, dgn aku bangun pkul 9.30 camtu plus bro aku still tido lagi. nampaknya, terpaksa leer lewatkan schedule aku *dah macam artis pulak

so, kitorg pon gerak laa dari rumah ke PWTC pada jam 12.15 camtu. alamatnya tersangkut-sangkut la kitorg dekat jalanraya. abg aku dah start marah2 sbb jam! hehe :) sampai sana pkul 1.20 camtu.

kitorg start tour book fair dgn masuk ke dewan. tak ingat la nama dewan tuh. banyak kan dewan kat dlm tuh. masuk dewan nie, sesak giler. dalam book fair tuh pon bole jam tuh. aircond pasang pon rasa panas. berpeluh-peluh walaupun dalam dewan berhawa dingin.


dah beli2, tengok2, belek2 beberapa buah buku, adik aku pon beli la buku latihan sejarah dgn chemist, SPM la katakan. aku nak jugak membeli buku2 rujukan nie, tapi aku belum lagi jadi pelajar. aku pon tak tentu lagi nak amek bidang apa skarang nie. kan best kalau die buat book fair nie lepas aku sambung blajar balek. senang sikit nak cari bahan rujukan. akhirnya, mmg tak membeli ler buku2 kat situ.

masuk2 dewan, je sesak. booth gempak starz and ujang banyak gila orang pegi. komik2 tempatan ramai jugak peminat. yeah! sokong produk tempatan! but, im not buying it. sbb bg aku, aku lagi suka kalau aku baca dari awal, then barula tau apa yg best tntg buku tuh.


sebelum aku pegi, aku dah search kat intenet pasal book fair nie. nampak pengajur best2, cam MPH. jadi, aku ingat maybe ada la buku2 dari luar negara ada jual kat situ. last2 buku2 yg ada kat situ kebanyakkannya education. paling banyak sekali pasal kids education. plus, novel2 cinta-cintun yg mmg aku tak minat langsung. aisehmen, adik aku pon terlibat woo. korg tau kan pasal movie Ombak Rindu tak lama lagi keluar dkt wayang. yg dilakonkan by, maya karin, lisa surihani, etc. movie tuh based from novel Ombak Rindu. dan rajin2 adik aku pegi beli buku nie.

alasan die,

"orang kan duduk asrama, mana leh tengok wayang, buku pon jadi la,"


ceh, nseb bek alasan kukuh. fyi, novel2 nie korang leh jumpa sepah2 dekat booth karangkraf. masuk je booth nie, ber-ratus-ratus novel ala-ala kasih sayang dekat situ. diskaun pon ada. esok kan last day, better hurry la buat peminat novel!

back to MPH stuff, aku ingatkan ada buku act manga from japan. tak wujud langsung buku dari jepun. alangkah sedihnya aku.. ingatkan ada Kinokuniya jadi salah satu penganjur. rupa-rupanya, tak wujud dekat book fair. most shocking is, dekat booth MPH ada pulak buku pasal life of Justin Bibir tuh. mengalah MJ tuuuhhh. tak terhingin aku nak belek2 buku tuh. mahal pon iye jugak.

laris jugak buku nie dekat booth MPH

nak ini! please?

last2, aku balek pon dgn majalah2 kpop je. itupon kpop setakat bapa mukasurat je. yg laen bersepah dgn artis tempatan. aku takdela fanatik sgt dgn kpop. takdela sampai macam fan Bibir sampai airport pon dgn purple tee tuh.

komen aku pasal book fair,
panjangkan lagi date fair nie, cam 2 minggu keh?
please, manga jepun!
rendahkan lagi diskaun(?)

korang2, luang-luangkanla masa korg belek2 buku dekat sana. maybe ada yg korg minat kot? best2 book fair nie!

until next post,
jya~neh

Apr 29, 2011

totally annoying!

bru je aku bgtau pasal group lelaki konon2 kpop. dah jumpe yg group girls pulak. ini lagi la, ish2, kelu lidah. tak tau nak komen apa tah. makin melebih. pakaian serius aku nak lempang2 je pompuan nie. tak jelas tentang agama derang. tapi pakaian weh, pergh! korg tengok la sendiri.

sumber sini

gamba nak tunjuk, malu nak letak. ada pulak yg sokong, kata rock,hiphop, tuh kalau kita tiru takpe, tapi kenapa tak kpop. sengal tuh. kpop tuh kan originally from korea, macam aku kata from previous post, create something new.
kpop, tuh bawa maksud, koreapop. means, derang nak menunjukkan genre baru dalam musik dgn nama negara derang. so, apakata group2 macam nie cuba create genre baru. baru wujud satu fenomena baru.

cakap pon tak guna. debut pon belum lagi kan. tunggu je la lagu dari mereka nie.
apa pendapat korang pulak?

until next post,
jya~neh

Apr 27, 2011

this is stupid, no, totally stupid

ada terbaca blog kak nie. die fans kpop macam saya! :) latest post die serius buat aku nak tergelak. aku pon baru tahu pasal bnde nie, dari blog die la. ceritanya macam nie.

kalau korang tahu pasal kpop, korea, bla bla bla. korang surely gelak pasal group nie. dalam negara kita bergelar Malaysia, telah ditubuhkan satu group nie. nama die 24:7 *nak tiru ZE:A agaknya

check dekat sini


and, cuba korang compare dengan SuJu. malu weh. orang melayu tau buat macam nie. dengan perut dan dada dedah sana sini. at least jgn la letak perkataan kpop tuh. dah nampak sangat group nie meniru korea. apa kata buat stail MPOP. MalaysiaPOP. baru la ada originality. aku tak faham kenapa kene dedah dada. kalau six packs pon, dah tentu kene bahan weh. kpop bukan setakat show off abs.

well, aku baca kat pages group nie, debut bulan mei. bg aku, susah kot nak tarik rakyat kita terima group macam nie. lagipon, dah termaktub dalam hukum Islam, aurat lelaki dari pusat ke lutut. aku baca kat info group tuh, nama masing2 pergh! ada pulak ambik nama Taemin from SHINee. adessss.

group korea tuh bukan islam weh. lantak derang la buat apa. takpe2. tunggu je la debut mereka nie. mana tahu suara dapat tarik peminat. tapi, please originality weh. tak payah la meniru-niru orang luar.

until next post,
jya~neh

Apr 22, 2011

oren's big bro

Assalamualaikum! hari ini, waktu ini, jam ini, entri ini mengenai abang oren. bnde nie patut aku mention kat bio oren, tapi tak dituleskan? kucing ini berwarna coklat dan putih. gabungan parsi dan kampung. big bro kepada oren. comel dan peramah dengan orang sekeliling. nama die ala2 mat saleh sikit die nie. die diberi nama TOM.


tom merupakan kucing yg terlalu peramah sangat sampai unknown people pon die bole rapat. disebabkan itu, die selalu buat aku risau. yeah, aku takot die kene culik, kena dera, kena buli etc.

selalunya, salah satu sikap kucing adalah malu dan kurang peramah dengan orang asing. tapi tom nie mudah dekat dengan orang asing. sebut je nama die, tak segan silu menyahut.
well, itu salah satu sikap yg bagus tapi tidak bagus bagi aku yg selalu risaukan die. satu lagi habit die nie die suke duduk luar rumah berbanding dalam rumah. tak bole duduk diam kalau dalam rumah.

budak

remaja

dewasa

aegyo tak? hee. comel2. *buduh puji sendiri next story, bout lil sis oren dan tom.

until next post,
jya~neh

Apr 21, 2011

perubahan cerita

hey2. dah agak lama aku tak berblog nie. yg aku buat selama ni cuma baca blog orang lain je. tulis blog sendiri memang pemalas la. well, im back again with blogging thing. tapi sekarang aku dah bosan nak menulis pasal diri aku je. ada blog yang aku bukak nie, post die semua pasal kucing. benda tuh jadi attraction bagi cat lovers.

disebabkan itu, aku nak ubah blog aku kepada cerita pasal hidup makhluk Allah yg dah bertahun hidup dengan aku selama nie. and again aku akan introduce kan makhluk2 nie.

first of all, ill start with this catanak



kucing nie diberi nama oren. suits with it's colour huh. lahir2 je budak nie kene susah bukak mata. banyak tido = banyak taik mata. nak bukak mata memang susah la. so, aku kene ler cuci mata die tiap2 hari supaya tak berlambak taik mata memenuhi sekeliling matanya.

semakin hari, semakin membesar. perubahan saiz, berat dan ketebalan bulu amat ketara. sampai semua tamu yg datang rumah aku anggap aku sedang membela anak harimau. bukan bangga, tapi realiti. proof? tengokla gambar ni

kecil

remaja

dewasa

apa macam? stage pembesaran in 4 years

advice from my uncle (expert in cats, maybe):

"oren nie jadi gemuk sebab kasih sayang terlampau nie."

well, aku percaya. ayah aku terlebih manjakan si gemuk nie. tension weh. kalau lapar supposely kucing akan bermanja dengan tuan(me) as if sebab nak mintak makan. time makan die pkul 5 petang and 5 pagi. kalau pagi tuh, mak aku yg bagi. waktu petang pulak berdasarkan orang yg ada kat rumah la. dan waktu2 camni la aku mengharapkan kucing aku akan bermanja dengan aku. tapi malangnya, harapan kosong weh. budak nie dah mula mengeluarkan suara miow2 die tapi towards my father. hey! aku kat depan mata budak nie, die buat dunno je. ayah aku baru bangun dari tido petang cepat je die miow2 kat ayah aku.

itu, aku forgive-kan lagi budak gemuk ni. tapi, ada time tuh, aku dah bagi dah makan kat budak nie right on time. oren nie dah siap2 makan. dah lepas makan tuh, baring kat ruang tamu. pemalas kan? lepas makan terus baring. cis! TAPI! bila ayah aku turun, die teros bangun dan bising kat ayah aku. konon belum makan lagi.

kata2 ayah

"farah! asal tak bagi oren makan lagi?! tengok nie, dah bising2!"

dalam hatiku berbicara sambil memandang oren

"tak lama lagi kene dera jap lagi oren.. tunggu dan lihat saja"

itulah salah satu punca oren menjadi gemuk. kalau nak angkat die pon kalah manusia weh. estimated weight kira2 6-7 kg camtu. bayi pon lagi ringan kot! anyway, luckily oren nie ada cutecatbabyface camtu orang akan fall in la dengan die. dengan aku jangan harap la! kalau parents aku tiada di rumah dan aku keseorangan, aku mula dah menyekeh kepala die habis-habisan. sebab kecomelan die, aku mula membuli dan mencubit pipi tembam die tuh.

bagi aku, kucing lagi comel dari bayi. agree?
hari nie, die buat hal. pagi2 dalam bilik aku, die main kejar2 dengan kucing lagi sorang nie. tapi, malang bagi aku. oren bole pulak kencing dalam bilik aku. banyak pulak tuh, estimated to 1 full glass. mak aih. bau jangan cakap la, kalau saiz die dah besar macam tuh memang tak dinafikan lagi memang kerja die. dah la mimpi aku diganggu oleh bau busuk tuh. tambah dengan tak cukup tido. lepas aku mop dan sabun lantai bilik aku tuh, oren menangis sebab kene pukul dengan aku. *jangan tiru aksi ini

walauapa pun, die masih diampunkan oleh ayah aku. tak adil!!!

sudah tiba masa makan beliau, rasa-rasanya nak lambatkan 1 jam time makan die. biar die makan pukul 6 pulak. HAHAHAHAHA
until next post,
jya~neh