Apr 21, 2011

perubahan cerita

hey2. dah agak lama aku tak berblog nie. yg aku buat selama ni cuma baca blog orang lain je. tulis blog sendiri memang pemalas la. well, im back again with blogging thing. tapi sekarang aku dah bosan nak menulis pasal diri aku je. ada blog yang aku bukak nie, post die semua pasal kucing. benda tuh jadi attraction bagi cat lovers.

disebabkan itu, aku nak ubah blog aku kepada cerita pasal hidup makhluk Allah yg dah bertahun hidup dengan aku selama nie. and again aku akan introduce kan makhluk2 nie.

first of all, ill start with this catanak



kucing nie diberi nama oren. suits with it's colour huh. lahir2 je budak nie kene susah bukak mata. banyak tido = banyak taik mata. nak bukak mata memang susah la. so, aku kene ler cuci mata die tiap2 hari supaya tak berlambak taik mata memenuhi sekeliling matanya.

semakin hari, semakin membesar. perubahan saiz, berat dan ketebalan bulu amat ketara. sampai semua tamu yg datang rumah aku anggap aku sedang membela anak harimau. bukan bangga, tapi realiti. proof? tengokla gambar ni

kecil

remaja

dewasa

apa macam? stage pembesaran in 4 years

advice from my uncle (expert in cats, maybe):

"oren nie jadi gemuk sebab kasih sayang terlampau nie."

well, aku percaya. ayah aku terlebih manjakan si gemuk nie. tension weh. kalau lapar supposely kucing akan bermanja dengan tuan(me) as if sebab nak mintak makan. time makan die pkul 5 petang and 5 pagi. kalau pagi tuh, mak aku yg bagi. waktu petang pulak berdasarkan orang yg ada kat rumah la. dan waktu2 camni la aku mengharapkan kucing aku akan bermanja dengan aku. tapi malangnya, harapan kosong weh. budak nie dah mula mengeluarkan suara miow2 die tapi towards my father. hey! aku kat depan mata budak nie, die buat dunno je. ayah aku baru bangun dari tido petang cepat je die miow2 kat ayah aku.

itu, aku forgive-kan lagi budak gemuk ni. tapi, ada time tuh, aku dah bagi dah makan kat budak nie right on time. oren nie dah siap2 makan. dah lepas makan tuh, baring kat ruang tamu. pemalas kan? lepas makan terus baring. cis! TAPI! bila ayah aku turun, die teros bangun dan bising kat ayah aku. konon belum makan lagi.

kata2 ayah

"farah! asal tak bagi oren makan lagi?! tengok nie, dah bising2!"

dalam hatiku berbicara sambil memandang oren

"tak lama lagi kene dera jap lagi oren.. tunggu dan lihat saja"

itulah salah satu punca oren menjadi gemuk. kalau nak angkat die pon kalah manusia weh. estimated weight kira2 6-7 kg camtu. bayi pon lagi ringan kot! anyway, luckily oren nie ada cutecatbabyface camtu orang akan fall in la dengan die. dengan aku jangan harap la! kalau parents aku tiada di rumah dan aku keseorangan, aku mula dah menyekeh kepala die habis-habisan. sebab kecomelan die, aku mula membuli dan mencubit pipi tembam die tuh.

bagi aku, kucing lagi comel dari bayi. agree?
hari nie, die buat hal. pagi2 dalam bilik aku, die main kejar2 dengan kucing lagi sorang nie. tapi, malang bagi aku. oren bole pulak kencing dalam bilik aku. banyak pulak tuh, estimated to 1 full glass. mak aih. bau jangan cakap la, kalau saiz die dah besar macam tuh memang tak dinafikan lagi memang kerja die. dah la mimpi aku diganggu oleh bau busuk tuh. tambah dengan tak cukup tido. lepas aku mop dan sabun lantai bilik aku tuh, oren menangis sebab kene pukul dengan aku. *jangan tiru aksi ini

walauapa pun, die masih diampunkan oleh ayah aku. tak adil!!!

sudah tiba masa makan beliau, rasa-rasanya nak lambatkan 1 jam time makan die. biar die makan pukul 6 pulak. HAHAHAHAHA
until next post,
jya~neh

3 comments:

  1. jahat , dera kucing! hahaha
    padan muka oren BHAHAHA kucing yg tersenyum

    ReplyDelete
  2. time baby comel gler!! :P

    ReplyDelete