May 9, 2011

membuncitkan perut di AL-BIDAYAH, SELAYANG

 assalamualaikum! hari ini, aku telah membuncitkan perut di kedai Bidayah. yg stay area penempatan aku dah tahu dah kedai nie. Khaleeda ajak aku jumpa dekat bidayah. katanya ada ala-ala reunion sementara kesempatan gitu. aku bersetuju dan melangkah dgn selipar burukku. berjumpa gitu pukul 2 petang ala-ala lunch gitu.

sebelum tuh. aku tak on fb aku. tak tau la apa yg terjadi sblom pegi event tuh. tup-tup, aku bukak fb status makcek nie. member yg terlibat dalam event nie. mula2 aku baca, humph, takde apa hal sgt. last2 buleh2 derang bercakap-cakap pasal aku. ciscis. :) 


watu derang mention aku tak reply text derang tuh, my fon was charged. dan aku sgt malas on talipon bimbit tuh. tepat azan zohor berkumandang, aku on la tepon. derang perli aku dgn mengatakan azan telah mengejutkan aku dari tidor. hey! aku tak tido laa.


perbualan mereka bersambung dgn topik milo tabur dan maggi goreng tersebut. dan paling gelinya, sebut2 pasal bulu dan maggi kangkang. kata ada bulu la masuk dlm air ngan maggi tuh. sikat bulu tgn mamak tuh la. haish. makin pelik.  

 kata-kata mereka telah menyebabkan makanan tersebut tidak dipesan ketika berada di kedai tersebut. milo tabur tak wujud di meja makan kami. watu kat kedai tuh pulak, mamak sorg nie dah duk syok2 berkenan dkat kaled ngan syakir. tak habes2 round2 meja kitorg. siap nak duduk sebelah kaled gitu. auw..

pesanan buat kaled, dapat hasben camtu kau akan sentiasa kenyang weh. gerenti. hidup kau akan diwarnai dgn KARI


oh ye, mamak tuh sempat kenyit2 mata dekat korg berdua. good luck!

until next post,
jya~neh

May 8, 2011

badi? ketulah?

badi dan ketulah. dua2 words nie maksudnya agak2 sama. nak kata dari segi lainnya, perkataan nie bermaksud, hukuman/pengajaran utk org yg dah langgar sesuatu hukum. hukum tuh sesuatu yg telah ditetapkan oleh org tua2,datuk moyang kita.

hari ini, aku nak kisahkan pasal badi dan ketulah yg pernah aku dengar dari telinga aku sendiri dari parents aku. some of it datang dari makhluk yg sentiasa disamping kita sendiri iaitu


: Kucing


cerita nie, mama aku alaminya sendiri dgn lihat kejadian tuh sendiri. my mom's auntie mmg benci giler dgn kucing. zaman nie berlaku dlm era 80's camtu kot.

suatu haritu, tangga depan rumah die ada anak kucing tengah baring2 kat situ. disebabkan die benci sgt dgn kucing, die sepak la kucing tuh jatuh ke lantai. dan malang bg kucing tuh, kucing tuh mati akibat disepak.

then, dah lama masa berlalu about 2 bulan camtu tiba-tiba die kena kurap dekat kaki dia. mula2 maybe kurap biasa je, bole sembuh. kegatalan kurap tuh hanya dia sorang je dapat rasa peritnya. waktu tuh, kaki dia sampai luka berdarah. sampaikan parang yg tajam dia asah dekat kaki die masih lagi terasa gatal kurap tuh. bawak pegi berubat tak sembuh2 sioott. mama aku lihat sendiri berdarah-darah kaki makcik die sebab kurap tuh. anak makcik tuh cakap, sebelum nie die pernah tendang kucing sampai mati dan mungkin itula ketulahnya.




:Katak


makhluk yg kita sangka geli geleman nie sebenarnya kuat ketulahnya. kebanyakkan cerita ini berlaku dekat kampung2. lagi sekali mak aku cerita, badi atau ketulah nie jadi bila kita cuba membunuh, menyeksa, binatang macam katak nie haaa.

ini geli+poison

badi dan ketulah yg pernah terjadi adalah orang itu akan dapat sawan katak. it sounds funny but its true. org itu akan dapat semput2 dan sesak nafas. anehnya adalah, org itu akan berbunyi seperti katak itu sendiri. ya, macam katak tengah menguaaaaaakkkk tuh. bawah leher org itu ada boyot besar. weird huh?

yg ini comel dan funny

:mayat


ini kebanyakkan berlaku dekat orang2 yg mandikan mayat. ini true story, makcik aku pernah kena.

makcik aku salah sorg member dekat surau kg dia. setiap kampung, mesti ada jawatankuasa surau, dan jawatankuasa camni la ada bhgian pengurusan mayat.

suatu hari, dlm kampung dia ada org meninggal dunia, perempuan. dan dia dgn member laen mestila uruskan mayat tuh. die dgn member dia mandikan mayat perempuan tuh. habis selesai event tuh, die back to her normal life. jalankan hidup dia macam biasa.

lepas 2-3 bulan camtu family aku ajak dia datang rumah makan2, dan kesan yg aku dan family aku nampak dia nampak macam loss weight, macam tak bermaya dan nampak lesu. ada jugak tanya kenapa dan mengapa. dia sendiri pon tak tahu apa jadi. bila time makan, nampak cam berselera tapi nampak macam kurus. then, dia pon pegi la berubat area2 kg dia tuh, dan baru dia tahu yg dia kene badi mayat. dia bgtau berkemungkinan mayat yg dia mandikan ada problem sikit. u know what i mean rite? hehehehe

then, lepas dah berubat baru nampak dia ceria dan semangat sedikit. baru nampak dia yg normal.

badi mayat kdg2 terjadi tiba-tiba dan secara rambang terkena. hati-hati yo!


:anak yg dikandung/ ibu yg sedang mengandung


info ini mmg bnyk org tahu sgt. tapi, aku akan bgtahu jugak.

buat, para ibu-ibu yg mengandung, take note ye. macam ada orang mengandung jenguk blog aku nie..

waktu2 mengandung banyak bnde bole jadi. kisah nie bermula bila si suami, seorang askar dan berada jauh dari isterinya telah melakukan sesuatu yg menyebabkan badi kepada anaknya ketika dalam kandungan. si suami nie pegi la masuk hutan, asokaaar kaaannn. dek sana jumpa rusa pelanduk mmg diburu laa. so, si suami nie pon dah dapat tangkap rusa, nak dibuat makanan dia pon melapah la rusa tuh. dipotongnya kaki dan kanan binatang tuh, dilapah la katakan. tak lama lepas tuh, isterinya selamat melahirkan anaknya.

aneh dan kesian, anaknya tiada kaki dan tangan. lahirla bayi yg cacat tubuh. aku dgr cita nie terkejut kott! org tua2 pesan, yg suami kene jugak jaga tingkah laku waktu isteri tengah mengandung nie. nak buat sesuatu mulakan la dgn ayat2 suci spt basmallah,selawat,etc.


:monyet/kera


ini pon agak sama dgn yg tadi. dipendekkan cerita, kalau bunuhnya binatang nie, bayi seiras-iras mirip binatang tuh. betooolll weehhh. tak tipooo. pernah masuk akhbar dan berlaku di indon

seriau jugak aku tengok monyet nie. walaupun edit

badi dan ketulah nie semua terjadi sebagai pengajaran hidup. bnde nie jadi pon atas ketentuan Allah. apa yg perlu kita lakukan ialah banyakkan memulakan sesuatu dgn ayat2 suci dan tidak menyakiti ciptaan tuhan.



sedar2 nie, aku dah kurangkan aktiviti cubit-mencubit peha oren. kang tak pasal, peha aku asyik lebaaamm.

until next post,
jya~neh