Jul 26, 2012

matriks life! :))

salam. ya2 sy tau blog nie dah lama tak update. sy sudah pun menamatkan pengajian di matrik selangor. tamat sudah 10 bulan berada disana. ceh, cliche-nya ayat aku.

im alive okeh. walaupun aku dah lama tak update. setahun rasanya. tp harini bertuah dan syukur kepada Allah sbb mengizinkan aku update blog ni. matriks result dah lama keluar. bulan 6 aritu. Alhamdullilah result yg memuaskan bg diri aku. dan Alhamdullilah result ni cukup utk membanggakan kedua ibu bapa aku. berkat usaha dan bantuan dari kawan2 praktikum and roomates. aku berjaya mendapat keputusan yg membanggakan. baru baru ni pulak, result upu atau keputusan kemasukan universiti telah keluar. dan aku telah mendapat kursus ijazah yg merupakan salah satu pilihan yg aku mohon.

tapiiii, aku agak sedih sebab apa yg aku inginkan adalah utk menjadi veterinar. tapi apakan daya, Allah lagi tahu mana yg terbaik utk aku. akhirnya, aku ditawarkan kursus sains fizik di uitm. pengajian selama 3 tahun. dan aku kena ada basic calculus yg sgt tinggi. mak aihh. dah la dari dulu memang math aku lemah, dpt pulak kos ni. aku dah fikir sebaiknya, kalau aku dpt survive kos ni, maybe aku stay sampai grad. tapi kalau aku memang dah tawar hati, aku nak tukar kos. bagi aku, chemistry and fizik lg best dari math.

nak jadi cam dia. :)

oklah. aku admit yg sebenarnye aku memang LEMAH MATH! dekat matriks dulu, classmate kata aku freak sbb aku bole buat fizik but no-no math. why? fizik bole faham tapi math yg setakat guna nombor dan nombor dan nombor sahaja aku susah nak faham. aku slalu tanya kat diri sendiri kenapa nak kira2 kena guna formula nie padahal bndenye sama je. kalau fizik bole la. ape yg kau kira tuh ade sebab. macam math ni, bg aku pengunaan simbol2 dalam calculator cam tak guna pun utk daily life. apa point aku stadi simbol2 ni kalau tak diaplikasi dalam hidup aku. bila aku stadi fizik, chemist ngan bio semua tu ade kene mengena dgn hidup kita. fizik bole diaplikasi dlm motion atau pergerakan kita. chemist pulak kandungan sesuatu yg kita lihat. bio pulak memang dah sah study of nature. lect aku kata, math is queen of subjects. tp bg aku, errr no-no queen in subjects. 

enough dgn debat math. aku kagum dgn kwn aku ni. die pun sama situasi dgn aku. die nak sgt jadi doktor. tapi die dapat kos major bio je. die decide tanak terima tawaran tu tp nak pursue medic dkt ipts. die tetap nak kejar cita2 die. aku pun nak jugak. tp bila fikirkan belanja ipts lagi mahal dari ipta. family aku tak mampu nak tanggung aku sorang je nak amek vet. walaupun vet kos yg paling murah dlm kalangan medic tp itu pun dah cecah ratus ribu jugak. bygkan medic punye scholarship bole anta 2 org je pegi overseas dan telan 1 juta. vet pulak mestilah jugak ratus ribu. sedih dan terkilan tu memang ada. tapi lepas aku google physicist, aku dah nampak ruang masa depan aku. katanya, mostly degree physicist akan pergi ke cabang engineering, education dgn accounting. walaupun cita2 aku yg pertama aku tak dapat gapai tapi cita2 kedua aku sbg seorang jurutera insyaAllah dapat aku gapai.

apa yg perlu aku lakukan adalah sentiasa berusaha, kejar ilmu tak kiralah apa jenis ilmu pun. kuatkan semangat dan berdoa kpd Allah moga berjaya di masa depan kelak. 1 sept ni tarikh daftar masuk uitm. ohh, aku dapat uitm shah alam, kolej melati. my besties, khaleeda pun join sekali dgn aku kat utim skali dgn kolej yg sama. ramai jugak kawan2 aku dpt uitm shah alam. tak sabar nak jumpe derang dekat sana. moga2 persahabatan kita kekal. takmo buat tak kenal, kalau jumpe tego. walaupun hai, tapi ikatan sahabat tu still ade. itu sahaja coretan aku utk kali ini. aku akan try update len kali pulok!

until next post,
jya~neh

Aug 26, 2011

anyeong!





photoshoot with blazer
wordless! speechless! randomize!

until next post,
jya~neh